Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label main. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label main. Tampilkan semua postingan

Minggu, 23 Februari 2014

Suami Bekerja Isteri Main Asmara

Kepulangan seorang kontraktor untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal bertukar detik memeritkan apabila mendapati isterinya bermesra dengan seorang lelaki lain dalam rumah mereka di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, Ahad lalu.

Gambar hiasan

Difahamkan, kecewa dengan perbuatan curang isterinya yang berusia 24 tahun, lelaki berusia 36 tahun yang ketika kejadian sedang bekerja pergi ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) meminta serbuan dilakukan bagi mencekup mereka.

Pegawai Jaim yang menyerbu dan melakukan pemeriksaan jam 4.15 pagi kelmarin, mendapati tiga orang berada dalam rumah berkenaan termasuk seorang lagi wanita berusia 30-an dan mereka ditahan untuk siasatan.

Kontraktor berkenaan yang mahu dikenali sebagai Salman, mendakwa ketika keluar bekerja pada jam 8 pagi Ahad lalu, dia memberitahu isterinya tidak pulang kerana bertugas di luar kawasan.

“Dia (isteri) yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di negeri ini, biasanya mula bertugas jam 9 pagi hingga 11 malam.

-Hmetro
Selengkapnya

Selasa, 31 Desember 2013

Pemuda Kaku Selepas Main Dota Selama 15 Jam Tanpa Henti

Seorang pemuda, dipercayai bermain permainan komputer secara berterusan selama lebih 15 jam ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan terlantar pada peralatan itu di biliknya di Bandar Baru Air Itam pada Isnin.
Ong Yee Haw, 23, yang keluar dari rumah untuk ke kafe siber pada Ahad petang, hanya pulang ke rumah pada kira-kira pukul 1 petang hari berikutnya.
Difahamkan bahawa dia pulang ke rumah dan terus bermain menggunakan komputernya di biliknya, di mana dia ditemui telah meninggal dunia oleh bapa saudaranya yang mahu memeriksa keadaannya pada kira-kira pukul 4 petang.
Ibu Ong, Chew Qun Juan, 62, berkata bahawa anak lelaki tunggalnya itu begitu ketagih dengan permainan komputer sejak dia berhenti kerja di sebuah restoran lima bulan lalu, selepas dia terlibat dalam satu kemalangan motosikal.
“Dia mengalami kecederaan di tangan kanannya dan berhenti kerja selepas itu.
“Saya telah mengingatkan dia berulang kali untuk tidak menghabiskan masa yang terlalu lama dengan bermain komputer tetapi dia tidak pernah dengar nasihat saya,” katanya di bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada Selasa.
Upacara persemadian Ong akan dilakukan di krematorium Batu Gantung.

P/s: Kalau nak main njanganlah over sangat... tuuh badan dan mata pun adahakjuga untuk rehat!
Selengkapnya