Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label jika. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jika. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Februari 2014

Malaysia Kuat Jika Melayu Cina Bersatu – Najib


Datuk Seri Najib Razak yakin Malaysia akan menjadi sebuah negara yang kuat jika orang Melayu dan Cina memupuk hubungan yang akrab.

“Jika 67 peratus orang Melayu dan 27 peratus orang Cina bekerjasama, kita akan menjadi sebuah negara yang bersatu dan kukuh,” katanya dalam wawancara Program Hubungan Luar, dihoskan oleh pengacara CNN, Fareed Zakaria yang dipancarkan serentak di sini dan Washington, semalam.

Perdana Menteri berkata, walaupun kaum Cina dipujuk supaya menyokong pembangkang atas alasan tertentu, tetapi di luar tempoh pilihan raya, mereka perlu bersatu atas matlamat untuk membina negara.

Najib berkata, kaum Cina tidak seharusnya terlalu memikirkan soal kaum mereka saja tetapi perlu menganggap bahawa mereka adalah rakyat Malaysia.

Justeru, beliau yakin, jika kedua-dua kaum itu bekerjasama, ia mampu mewujudkan sebuah negara Malaysia yang tulen.

Dalam perbincangan bertajuk Kesederhanaan: Pemodenan Baharu yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang itu, Najib menjawab berhubung tindakan kerajaan memberi keistimewaan kepada Bumiputera yang menimbulkan rasa tidak puas hati kaum lain.

Najib menjelaskan, jika 67 peratus daripada penduduk asal ketinggalan di belakang, ia akan menyebabkan ketidakstabilan.

“Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini kerana di segi politik ia adakah tidak baik. Apa yang dikehendaki ialah mewujudkan sebuah negara Malaysia yang adil, saksama dan inklusif. Itu yang hendak dicapai untuk membolehkan kekayaan disebarkan secara adil.

“Kita mahukan masyarakat yang inklusif dan mendapat pembahagian kekayaan yang saksama,” katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata, hari ini kaum Cina memiliki kekayaan yang lebih besar daripada Bumiputera dan berikutan itu mereka masih perlu dibantu mengikut merit.

Beliau juga berkata berkata tanpa tindakan afirmatif, ia akan menyebabkan perpecahan rakyat bertambah buruk pada masa akan datang. – Berita Harian
Selengkapnya

Kamis, 26 Desember 2013

Jika Husam menang di Putrajaya beliau layak diberi gelaran giant killer Penganalisis

Husam cari nahas jika tanding Putrajaya?
Wartawan Sinar Harian
20 Mac 2013
Husam Musa
Datuk Husam Musa
SHAH ALAM - Penganalisis politik menyifatkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mencari nahas apabila bersedia untuk menjadi pencabar utama kepada calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, Putrajaya adalah kubu kuat BN tetapi sekiranya Husam menang beliau layak diberi gelaran giant killer.

“Ini bukan disebabkan calon Umno di situ hebat tetapi kerusi Parlimen itu merupakan kubu kuat BN. Sekiranya Husam berjaya merampasnya, beliau memang hebat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, Jayum tidak menolak kemungkinan Husam mempunyai peluang untuk menang berdasarkan populasi Putrajaya sebagai bandar Melayu.

“Mungkin masyarakat Melayu di sana perlukan perubahan dan pembaharuan yang dibawa Pas dan PR.

Dalam perkembangan sama Jayum berkata, sekiranya Husam dan Pas benar-benar ingin merampas Putrajaya isu berkaitan kelas menengah, ketelusan dan integriti perlu diketengahkan.

“Pengundi Melayu bandar perlu dihidangkan ‘makanan minda’ bukannya keperluan seperti di luar bandar.

“Isu-isu yang perlu dibawa mestilah bersifat ideologi dan bukannya isu atap zink, jalan tar dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, isu ketelusan dan integriti akan menangkap imaginasi pengundi bandar dan Pas dinasihatkan untuk bekerja keras sekiranya benar-benar ingin menawan kubu kuat BN itu.
Selengkapnya

Senin, 25 November 2013

Tips Release PIN BB jika mau ganti Operator

Tutorial untuk release dan register PIN + IMEI tanpa harus menggunakan 2 Handheld, berlaku untuk BB baru or 2nd or yang Ingin pindah operator:( Copas ya, jadi DIWYOR )

cara release + register nya :

1. masukkan kartu baru

2. aktifkan BIS nya

3. register HRT nya ( option – advanced option – host routing table – pilih yg pertama – klik tombol BB – register – keluar – tunggu notifikasi di BB )

4. buat akun email setting ( folder setup – masuk email setting – tekan tombol bb – create user – buat username n password ).

5. add email-email kamu – setelah add email2 nya klik tombol bb – service book – send service books – keluar dari email – ada notifikasi terkirim.

6. ke PC buka operator.blackberry.com – masukkan username n password yang kamu buat di email setting di BB tadi.

7. Pilih change device – PIN ntar sudah otomatis tertulis jadi tinggal isikan IMEI nya saja – klik save – akan keluar windows baru jangan di klik ok dulu – di BB akan ada notifikasi untuk meminta validate email.

8. Kembali ke BB – email setting – sign in – validate email2 kamu – keluar email setting – ntar ada notifikasi lagi terkirim.

9. Kembali ke PC klik ok di windows nya – masuk email setting – liat email2 kamu yang terdaftar disitu sudah kecentang atau masih merah, kalo sudah kecentang berarti beras tinggal log out. Kalo masih merah coba logout dulu baru sign in lagi n liat lagi email2 kamu sudah kecentang atau belum.
NB :

- Bagi yg ingin ganti operator sebelum langkah ke 1, delete dulu email di operator yang lama.

- Bagi yang ingin ganti handheld tanpa ganti operator, cukup ubah PIN + IMEI dengan di menu change device (operator.blackberry.com)

- kalo gak mau register lagi juga bisa, tinggal ikutin langkah 1-3


Copas from: John (Jak-BB)
Selengkapnya