Social Icons

Pages

Jumat, 31 Januari 2014

Jasa Jual Kado Kado Pribadi

Berlimpahnya kado di rumah saat perkawinan datang, menginspirasi akan adanya rencana buka Jasa Jual Kado - Kado Pribadi. Misinya sederhana, membantu lebih memberdayakan akan segala kado yang berlebihan berkumpul di rumah :). Piye? hehe.. ada yang siap mau jadi klien kita?
Selengkapnya

Kamis, 30 Januari 2014

Murid tahun lima menang Proton Preve


Nor Juliana Suhaila Sudirman (tiga dari kiri) bersama kereta Proton Preve yang dimenanginya pada Program Pemacuan i-Think di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, bapanya, Sudirman Mat Toufik (dua dari kiri), ibunya, Sarmila Saparuddin (kanan) dan adiknya, Nur Anisa Suhaila.

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lui, Hulu Langat, Nor Juliana Suhaila Sudirman, 11, dipilih sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah kereta Proton Preve pada majlis kemuncak Program Pemacuan i-Think.

Menurut Nor Juliana Suhaila, dia tidak menyangka memperoleh hadiah yang begitu bermakna dan besar nilainya.

"Saya juga berpuas hati dapat mempelajari tentang lapan Peta Minda i-Think yang sangat berguna dalam kemahiran berfikir tahap tinggi.

"Peta minda tersebut amat berfaedah dan dapat digunakan dalam pembelajarannya serta persediaan untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan, katanya selepas menerima replika kunci Proton Preve daripada Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario pada majlis penghargaan majlis i-Think, di sini hari ini.

Program Pemacuan i-Think yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 Mac lalu merupakan projek bersama Kementerian Pendidikan dan AIM.

Sebanyak 10 sekolah menjalankan projek perintis di bawah kendalian Unit Inovasi Khas (Unik) dan AIM. Kerajaan menyasarkan 1,000 lagi sekolah akan menerapkan sistem i-Think ini pada tahun depan manakala semua sekolah menjelang 2014.

Selain Nor Juliana Suhaila, pelajar tahun lima dari SK Seksyen 18, Shah Alam, Siti Nurhajar Mohd. Shukri dan guru SK Batu 9, Cheras, Suzilina Mohd. Sarom turut memenangi seunit iPad.

Ketiga-tiga pemenang tersebut adalah antara 140,000 pelajar daripada 390 buah sekolah dan 2,000 pengunjung komuniti berhampiran yang telah menghadiri program tersebut yang diadakan di 12 buah sekolah sejak Jun lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif, Eko-Sistem Pendidikan AIM, Eddie Razak berkata, program itu merupakan satu inisiatif untuk memperkenalkan kaedah dan metodologi berfikir dalam kalangan pelajar sekolah.


Sumber
Selengkapnya

Rabu, 01 Januari 2014

Gadis Tersepit Antara Keretapi Dan Platform Di Singapura

Nasib baik seorang penumpang bertindak untuk menekan butang kecemasan untuk memastikan keretapi di Bugis, Singapura ini tidak bergerak. Lima minit kemudian muncul staf MRT yang terkejut melihat gadis ini tersepit di antara keretapi dan platform. Nasib baik keretapi tak jalan lagi, kalau tak memang tak tahu apa yang akan berlaku.





Selengkapnya

Pekerja Terkejut Jumpa Lintah Gergasi

Pekerja Terkejut Jumpa Lintah Gergasi | Beberapa orang pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di Sungai Siput, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.
Pekerja Terkejut Jumpa Lintah Gergasi

Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya. sumber


Selengkapnya